Friday, 3 February 2017

11 fakta orang yang tak boleh kerja petik buah di Australia

1)Budget kerja farm macam kerja ofis.
Orang jenis ni nak kerja senang je. Susah xmau langsung..

2)Nak cepat kaya
Orang jenis ni nak duit banyak tapi malas pergi kerja. Jenis ni patutnya main skim cepat kaya ja bukan mai petik buah kat sini xpon jadi perdana menteri Malaysia.. Senang2 ja dia buat duit..

3)Mental tak kuat
Orang jenis ni spesis anak mak, hati gadis, takut awek, tapi nak mai kerja Australia gak. Ada yang nak balik sebab rindu kucing pun ada..haha.. Jem

4)Kaki Melancong
Orang jenis ni nak kerja nak kerja, nak melancong nak melancong bila tahun nak simpan duit. Cuti lagi banyak daripada kerja.

5)Suka dengar cakap orang
Orang jenis ni dengar je tempat lain boleh buat lebih sikit CUNGGIT pi tempat lain teruih. Tak reti nak sabaq. Dah lah nak travel kena pakai duit banyak. Lepastu bila tak da duit merungut. Time tu kawan kawan lah jadi mangsa kena support dia.

6)Buat kerja slow.
Orang jenis ni takmau nak improve cari skill buat kerja bagi cepat. Dah lah buat kerja slow tapi sembang nak duit banyak. Nak masuk race body skyline engine kancil 850 macamna nak menang race. 

7)Teringin nak jadi PATI
Orang jenis ni tak ambik tau langsung nak kerja secara sah. Nak duk lama tapi tak reti nak ambik visa. Dekat australia ada cara nak bagi kerja sah. Peluang tu banyak tapi cuma malas ja nak bertanya dan usaha.

8)Jenis hasad dengki
Orang jenis ni dari malaysia pun dengki dekat orang, mai sini pun dengki dekat orang tak boleh tengok orang lebih sikit nak lebih tapi takmau usaha.

9)Tak reti berdikari
Orang jenis ni tauk mana pun sama ja. Otak tak jalan asyik bagi alasan. Banyak alasan dari usaha. Asyik nak merungut ja semua tak kena

10)Negatif Thinking
Asyik fikir negatif ja. Kerja sehari esok nak balik Malaysia dah. Dekat Malaysia tak pernah buat kerja susah, mai sini tak faham kerja ladang tu macam mana.. Tak tau perjalanan hidup kerja farm tu mcmna. Kerja sekejap ka lama ka, nak seratus bin ke nak 10 bin tu bergantung pada FARMER.. Hujan kebanyakan farm tak boleh kerja tu pun dijadikan alasan. 

11)Tak reti nak bersyukur
Orang jenis ni dapat banyak mana pun tak pernah bersyukur. Dapat banyak tak bersyukur, dapat sikit pun tak bersyukur. Allah dah tentukan rezeki kita takat mana cuma kita ja yang tak reti nak bersyukur. Usaha lebih sikit takmau. Asyik mengharap orang ja. AHMAD MASLAN pun bagitau suruh buat 8 kerja dalam satu masa tu pon hampa tak reti nak pikiaq. Nak jilat nak jilat, nak dedak nak dedak. Perangai macai tu bawa sampai ke Australia. Seorang semak habis semua jadi semak.

*Tak dinafikan ada kontraktor yang tak bayar, tapi time kita mula2 kerja kita pun tak tau hati budi dia mcmna. Dia memanglah janji nak bayar tiba2 taknak bayar. Kadang kita dengar dari org lain payment dia on time tapi hampeh.. Aku pun pernah kena macam tu. Apa tunggu lagi blah lah, aku pun CUNGGIT pi tempat lain. Aku pun pernah kontraktor tipu aku janji nak bayar gaji tapi tak dapat tu semua lumrah hidup sebagai pemetik buah di Australia. Permainan dekat sini cukup halus cuma kita ja tak tau nak baca macamna. Cuma geng2 lama dekat sini ja tau baca benda tu. Tak semua kontraktor tipu, kalau hampa dapat kontraktor yang okay stay, tak okay BLAH. Banyak juga kontraktor yang aku tanya dekat sini kebanyakan dah tak mau ambik orang Melayu dah. Sebab orang Melayu ni malas kerja dan asyik nak merungut ja. Dari pengalaman aku xsemua melayu mcm tu Tapi blambak gak la.. Hmmm.. Nak tau x sebab apa orang melayu jadi mcm tu?? Sebab malaysia senang nak apply visa travel.. Apply sehari esok tu dah bleh dapat.. Kalau orang dari bukan negara komonwel memang susah nk apply visa travel.. Kes tu orang asia yg lain buat kerja laju2 mai sini mindset memang nak cari duit.. Memang pulun kerja gila babi punya.. Nak mai cni 1st month hampa akan survive untuk diri sendiri.. 2nd month baru sedap nak sent duit.. Xdaknya org mai cni kerja 1st & 2nd week dah trus hantar duit 2.6 billion dah.. 2 minggu pertama hampa jgn expect gaji dah.. Sebab tu baru learning proses.. Dok slow gak pakai xleh buat duit la.. Orang lain bleh buat duit hampa dok takat tu gak kalau slow.. Cuba jadi orang paling laju kat farm.. Bila dah laju bru cerita bab boleh buat duit.. Lagi 1 kena faham bila job petik buah dia ikut musim.. Mcm musim durian la kt malaysia ada tiap2 bulan ka? Xkan.. So dah faham bab tu.. Kalau job petik sayur plak dia xikut musim.. Tanam ja masak tuai.. Settle..

Kesimpulannya
Nak mai melalui agent ka mai sendiri ke semua sama ja, pokok is pokok, buah is buah. Hampa dah lah nak mai sini kerja petik buah dok mai sini bajet mcm kerja petik jari ja nak kerja senang. Aku dulu pun kerja mcm nak gila time senang orang nampak la time susah hampa tak nampak. Hampa mai dekat australia kalau hampa takda target memang hanyut lah pakai dok dengaq cakap orang ja. Kerja petik buah dekat Australia sini bukan semudah yang hampa sangka kalau mental tak kuat. Nak stay lama dekat sini kena pandai berdikari sebab dekat sini kita just ada kawan2 saja yang boleh tolong masa kita susah. So pikiaq la sendiri bagi yg dah sampai dan baru pk2 nai mai Australia.. Aku cerita atas pengalaman aku setahun dah dekat Australia.. So chill..
-bukansenangnaksenang-bukansusahnaksusah-

Fakta di atas diperoleh daripada komen orang dan dijadikan sumber rujukan di blog

BEKERJA SEBAGAI PEMETIK BUAH DI AUSTRALIA


KISAH INI DI AMBIL DARI KOMEN BAGI YANG BERPENGALAMAN BEKERJA DI LUAR NEGARA SEPERTI AUSTRALIA

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kalau nak keje disana kene cara yang proper. Jangan guna visa lawatan social dan buat keje kat sana. Agen2 kaki tipu ni tau you ada proper document atau tak untuk keje disana. Tu sebab ada yang kene tipu sebab kalau diorg tipu pun you tak boleh buat apa2 lapuran kepada pihak berkuasa. Gaji minima disana sekarang dalam lingkungan AUD21 sejam kalau tak silap saya sekarang. Pernah ada sebuah restoran mengaji pekerja asing secara legal dikenekan tindakan saman hampir AUD300k kerana membayar dibawah gaji minima dalam setahun lepas.


Bagi yang nak cari peluang pekerjaan disana tak perlu lalu agen. Yang penting ada kenalan disana yang kita boleh trust. Cara kemasukkan kita pun kene proper. Masa saya student kat sana 31 tahun lepas, saya buat parttime di service station cuci kereta pun gaji sejam dah AUD10.50. Scholarship baru AUD326 sebulan. Boleh sewa rumah sendiri dengan wife dan tak perlu kongsi rumah dengan student lain serta beli kereta untuk kegunaan keluarga serta jalan2. Frankly speaking duduk sana kalau betul caranya memang boleh buat duit. Barang keperluan harian memang murah kat sana sebab taraf hidup rendah tapi duit diorg tinggi. Berbeza dengan kita disini. Taraf hidup tinggi serta barang keperluan mahal. Tapi barang2 keperluan mahal. Contoh seorg yang gaji 3k disini beli susu anak jenama A berharga RM50… seorg yang gaji 3k disana beli susu jenama A jugak dengan harga AUD18. Tapi jangan convert duit la. Convert memang nampak mahal.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Bagi yang ada kepakaran professional boleh apply PR disana. Sebab Australia memerlukan tenaga mahir dibidang2 tertentu. Boleh check dalam website Immigration & Border Control Australia tentang had umur yang boleh apply PR tanpa guna sponsorship. Yg boleh sponsor untuk dapat PR Australia hanyalah citizen dan PR Australia sahaja. Diorg boleh sponsor famili sendiri, mak ayah, adik beradik hingga tok dengan nenek sekali. Yg lain tak boleh.


Banyak orang tak nampak sebenarnya kat Singapore pun banyak peluang pekerjaan. Anak saya lulusan civil drp UTM Skudai bekerja sebagai road inspector dengan Singapore Land Transport Authority (SLTA). Tapi lalu agen. Gaji dibayar direct oleh SLTA keakaun bank Singapore anak saya dan bukan kepada agen. Cuma atas trust dan agreement anak saya kene pulangkan pada agen sebanyak S$1000 sebulan daripada total S$2200 yang dia dpt pd peringkat awal. Skrg dah turun bagi agen cuma S$750 sebab dh 3 bln keje. Balance S$1450 dapat kat dia. Contract 2 tahun. Keje masuk lps Subuh dan balik paling lewat 2ptg. Kebiasaan pukul 11 pagi dah balik. Duduk di JB. Hari2 masuk keje di Singapore tak guna passport tapi guna thumb print. Kawan2 dia yang dh lama keje thru agen di Singapore, dah pandai sikit cari lubang keje direct dengan company Singapore. Maka dapat gaji full antara S$2.5k ke S$3k sebulan. Tapi keje ikut office hour. Peluang banyak cuma kene pandai cari.


Saya galakkan anak2 saya berhijrah untuk meluaskan pandangan serta cari pengalaman hidup. Tapi kenelah dirancang secara baik agar tidak berlaku masalah di kemudian hari. Anak pertama saya duduk di Melbourne, Australia dengan keluarga dia. Mula2 kes nak cari duit lebih punya cerita. Bincang dengan saya nak berenti keje dengan bank (gaji dah RM4k lebih) lps tu nak pegi ikut wife dia yg nak pegi keje nurse di Saudi. Dan kalau dapat peluang nak keje kat sana jugak. Anak dah dua org dan masih kecik. Tapi nasib baik dia tak buat keputusan melulu. Dia bincang dengan saya dulu. Saya kata daripada pergi ke Saudi kenapa tak pergi Australia sebab dia dengan adik dia lahir di Australia masa saya belajar dulu. Saya suruh dia buat cara proper dan tak payah lalu agen. Dia apply direct di website Immigration & Border Control Australia dengan menghantar salinan birth cert. dia. Tak sampai 2 minggu Kedutaan Australia di KL suruh datang buat passport. Dia diiktiraf sebagai warganegara Australia yang sah mengikut perlembagaan Australia.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

 Dua cucu saya yang lahir kat sini secara automatik warganegara Australia sebab dia ikut bapa. Cuma isteri dia jea yg blm dpt apa. Cuma duduk di Melbourne guna social visa selama 3 bln lps tu buat bridging visa. Dlm masa yang sama apply sambung belajar utk dpt student visa sbb partner visa kene bayar RM20k utk 5 tahun. Skrg masa kumpul duit. Cuma kelebihan Australia ini walaupun cukai tinggi, tapi dia bagi balik pada rakyat dia banyak. Anak saya sambung belajar ambik master di RMIT menggunakan peruntukkan pelajaran (AUD100k – drp Diploma hingga PhD) yang diberikan oleh kerajaan Australia kepada setiap rakyatnya. Ia dlm bentuk soft loan tanpa interest. Bayaran balik bilamana gaji telah mencecah AUD54k setahun. Kalau tak sampai pun boleh bayar. Maka cepatlah habis loan tu. Tuition fee untuk Master kene bayar AUD18k. Medical free untuk hospital kerajaan dan perlu bayar 25% untuk hospital swasta dan selebihnya dibayar kerajaan Asuatralia. Hospital kerajaan disana macam hospital swasta kat sini. Disebabkan dia belajar full time dan merupakan single parent sebab isteri blm dpt PR, maka Kerajaan Australia bayar AUD2.5k sebulan sebagai sara hidup disana. Bila anak2 dh dpt citizenship cert., bayaran elaun bulanan akan ditambah jadi AUD3k lebih sebulan. Kalau isteri dh dpt PR maka dia dpt dlm AUD4k elaun sebln. Skrg cuma AUD2.5k sebulan sambil belajar full time serta buat keje parttime sikit2 untuk tambahan. Baru2 ni dia beli kete sebijik untuk senang bergerak. Kemudahan ini diberikan kepada rakyat dan PR Australia.


Jadi kalau nak pegi sana buat cara proper. Awal2 bismillah jangan langgar undang2. Jadi kalau langgar sendiri mau ingat la. Jangan pukul rata salahkan semua orang. Itulah nasihat saya.