Friday, 3 February 2017

BEKERJA SEBAGAI PEMETIK BUAH DI AUSTRALIA


KISAH INI DI AMBIL DARI KOMEN BAGI YANG BERPENGALAMAN BEKERJA DI LUAR NEGARA SEPERTI AUSTRALIA

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kalau nak keje disana kene cara yang proper. Jangan guna visa lawatan social dan buat keje kat sana. Agen2 kaki tipu ni tau you ada proper document atau tak untuk keje disana. Tu sebab ada yang kene tipu sebab kalau diorg tipu pun you tak boleh buat apa2 lapuran kepada pihak berkuasa. Gaji minima disana sekarang dalam lingkungan AUD21 sejam kalau tak silap saya sekarang. Pernah ada sebuah restoran mengaji pekerja asing secara legal dikenekan tindakan saman hampir AUD300k kerana membayar dibawah gaji minima dalam setahun lepas.


Bagi yang nak cari peluang pekerjaan disana tak perlu lalu agen. Yang penting ada kenalan disana yang kita boleh trust. Cara kemasukkan kita pun kene proper. Masa saya student kat sana 31 tahun lepas, saya buat parttime di service station cuci kereta pun gaji sejam dah AUD10.50. Scholarship baru AUD326 sebulan. Boleh sewa rumah sendiri dengan wife dan tak perlu kongsi rumah dengan student lain serta beli kereta untuk kegunaan keluarga serta jalan2. Frankly speaking duduk sana kalau betul caranya memang boleh buat duit. Barang keperluan harian memang murah kat sana sebab taraf hidup rendah tapi duit diorg tinggi. Berbeza dengan kita disini. Taraf hidup tinggi serta barang keperluan mahal. Tapi barang2 keperluan mahal. Contoh seorg yang gaji 3k disini beli susu anak jenama A berharga RM50… seorg yang gaji 3k disana beli susu jenama A jugak dengan harga AUD18. Tapi jangan convert duit la. Convert memang nampak mahal.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Bagi yang ada kepakaran professional boleh apply PR disana. Sebab Australia memerlukan tenaga mahir dibidang2 tertentu. Boleh check dalam website Immigration & Border Control Australia tentang had umur yang boleh apply PR tanpa guna sponsorship. Yg boleh sponsor untuk dapat PR Australia hanyalah citizen dan PR Australia sahaja. Diorg boleh sponsor famili sendiri, mak ayah, adik beradik hingga tok dengan nenek sekali. Yg lain tak boleh.


Banyak orang tak nampak sebenarnya kat Singapore pun banyak peluang pekerjaan. Anak saya lulusan civil drp UTM Skudai bekerja sebagai road inspector dengan Singapore Land Transport Authority (SLTA). Tapi lalu agen. Gaji dibayar direct oleh SLTA keakaun bank Singapore anak saya dan bukan kepada agen. Cuma atas trust dan agreement anak saya kene pulangkan pada agen sebanyak S$1000 sebulan daripada total S$2200 yang dia dpt pd peringkat awal. Skrg dah turun bagi agen cuma S$750 sebab dh 3 bln keje. Balance S$1450 dapat kat dia. Contract 2 tahun. Keje masuk lps Subuh dan balik paling lewat 2ptg. Kebiasaan pukul 11 pagi dah balik. Duduk di JB. Hari2 masuk keje di Singapore tak guna passport tapi guna thumb print. Kawan2 dia yang dh lama keje thru agen di Singapore, dah pandai sikit cari lubang keje direct dengan company Singapore. Maka dapat gaji full antara S$2.5k ke S$3k sebulan. Tapi keje ikut office hour. Peluang banyak cuma kene pandai cari.


Saya galakkan anak2 saya berhijrah untuk meluaskan pandangan serta cari pengalaman hidup. Tapi kenelah dirancang secara baik agar tidak berlaku masalah di kemudian hari. Anak pertama saya duduk di Melbourne, Australia dengan keluarga dia. Mula2 kes nak cari duit lebih punya cerita. Bincang dengan saya nak berenti keje dengan bank (gaji dah RM4k lebih) lps tu nak pegi ikut wife dia yg nak pegi keje nurse di Saudi. Dan kalau dapat peluang nak keje kat sana jugak. Anak dah dua org dan masih kecik. Tapi nasib baik dia tak buat keputusan melulu. Dia bincang dengan saya dulu. Saya kata daripada pergi ke Saudi kenapa tak pergi Australia sebab dia dengan adik dia lahir di Australia masa saya belajar dulu. Saya suruh dia buat cara proper dan tak payah lalu agen. Dia apply direct di website Immigration & Border Control Australia dengan menghantar salinan birth cert. dia. Tak sampai 2 minggu Kedutaan Australia di KL suruh datang buat passport. Dia diiktiraf sebagai warganegara Australia yang sah mengikut perlembagaan Australia.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

 Dua cucu saya yang lahir kat sini secara automatik warganegara Australia sebab dia ikut bapa. Cuma isteri dia jea yg blm dpt apa. Cuma duduk di Melbourne guna social visa selama 3 bln lps tu buat bridging visa. Dlm masa yang sama apply sambung belajar utk dpt student visa sbb partner visa kene bayar RM20k utk 5 tahun. Skrg masa kumpul duit. Cuma kelebihan Australia ini walaupun cukai tinggi, tapi dia bagi balik pada rakyat dia banyak. Anak saya sambung belajar ambik master di RMIT menggunakan peruntukkan pelajaran (AUD100k – drp Diploma hingga PhD) yang diberikan oleh kerajaan Australia kepada setiap rakyatnya. Ia dlm bentuk soft loan tanpa interest. Bayaran balik bilamana gaji telah mencecah AUD54k setahun. Kalau tak sampai pun boleh bayar. Maka cepatlah habis loan tu. Tuition fee untuk Master kene bayar AUD18k. Medical free untuk hospital kerajaan dan perlu bayar 25% untuk hospital swasta dan selebihnya dibayar kerajaan Asuatralia. Hospital kerajaan disana macam hospital swasta kat sini. Disebabkan dia belajar full time dan merupakan single parent sebab isteri blm dpt PR, maka Kerajaan Australia bayar AUD2.5k sebulan sebagai sara hidup disana. Bila anak2 dh dpt citizenship cert., bayaran elaun bulanan akan ditambah jadi AUD3k lebih sebulan. Kalau isteri dh dpt PR maka dia dpt dlm AUD4k elaun sebln. Skrg cuma AUD2.5k sebulan sambil belajar full time serta buat keje parttime sikit2 untuk tambahan. Baru2 ni dia beli kete sebijik untuk senang bergerak. Kemudahan ini diberikan kepada rakyat dan PR Australia.


Jadi kalau nak pegi sana buat cara proper. Awal2 bismillah jangan langgar undang2. Jadi kalau langgar sendiri mau ingat la. Jangan pukul rata salahkan semua orang. Itulah nasihat saya.



No comments:

Post a Comment